


PENGENALAN SYARIKAT d'TANJUNG AGROFARM
Syarikat d’tanjung agro farm diterajui oleh 2 orang anak muda yang mempunyai misi, visi dan objektif besar serta berpandangan jauh.
Peringkat awal, aktiviti penternakan hanya dijalankan secara tradisional dan kecil-kecilan dalam kawasan terhad sahaja.
Syarikat sedang mengembangkan lagi aktiviti penternakan dengan membuka peluang kepada lebih ramai individu menyertai syarikat dengan projek ternakan kelompok. Syarikat terpanggil dengan saranan pihak kerajaan agar rakyat memberikan tumpuan serius kepada aktiviti pertanian dan penternakan dalam usaha mengurangkan import makanan yang mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun.
Penubuhan syarikat ini adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada lebih ramai individu menyertai aktiviti penternakan haiwan secara aktif dan komersial. Projek ini bukan sahaja akan memberi peluang kepada semua peserta memiliki haiwan ternakan sendiri tetapi, memastikan mereka dapat menambah pendapatan secara aktif atau pasif. Projek penternakan kelompok adalah idea terbaik kerana dapat mengumpul ramai individu yang berminat menyertai aktiviti penternakan. Projek ini dijangka dapat memberikan pulangan dan keuntungan besar dalam tempoh tiga tahun pertama pelaksanaannya dan dijangka akan terus berkembang maju dari masa ke semasa apabila seluruuh masyarakat mendapat pendedahan langsung tentang kebaikan dan keuntungan menyertai projek ini.
MISI
Memberi peluang kepada semua individu menyertai aktiviti penternakan secara serius dan terancang. Menjadi contoh dan model pembangunan penternakan secara kelompok. Membangunkan sebuah ladang ternakan komersil menggunakan pendekatan perkongsian pintar.Memiliki sekurang-kurangnya 20,000 ekor haiwan ternakan dalam tempoh 3 tahun pertama pelaksanaan.
VISI
Menjadi hub pengeluaran dan pembekal daging halal negara.
OBJEKTIF
1.Memberi peluang kepada semua individu memiliki haiwan ternakan sendiri.
2.Mewujudkan peluang menambah pendapatan melalui penternakan dan perniagaan.
3.Menjadi HUB pengeluaran dan bekalan daging HALAL tempatan
4.Pembekal haiwan hidup untuk majlis Akikah, Korban dan bekalan baka ternakan.
5.Mengurangkan kebergantungan import daging daripada luar negara.
6.Mewujudkan industri hiliran seperti kilang memproses makanan ternakan HALAL, Industri sejuk beku, Produk daging dan sebagainya.
d'tanjung agrofarm
